Sunday, 14 October 2012

Sayembara Deklamasi Sajak Kemerdekaan Final Melaka 2012

video
Pertandingan Akhir Sayembara Deklamasi Sajak Kemerdekaan Negeri Melaka Tahun 2012. 
    Pertandingan dijalankan di Kolej Yayasan Melaka pada hari Ahad,14 Oktober 2012 pukul 8.30 malam. Mendapat tempat ketiga. Membawakan sajak Taman Merdeka nukilan Ratna Laila Shahidin. Penyertaan kali adalah penyertaan ke-12 saya dalam pertandingan tahunan ini. Pencapaian ini merupakan pencapaian kedua terbaik. Sebelum ini pernah mendapat naib johan peringkat negeri. 
   Secara keseluruhannya prestasi pada malam final kali ini agak mendukacitakan. Persembahan tidak seperti yang diharapkan tidak seperti mana ketika di peringkat saringan di RTM 9 Oktober lepas. Entah kenapa persembahan malam ini tidak menjadi...  Tunggang langgang. Walau apapun, alhamdulillah... Tahun hadapan boleh cuba yang terbaik lagi. Insha-Allah..

No comments:

Post a Comment