Wednesday 7 March 2012

Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS

Petang ini ada ada mesyuarat JU negeri Melaka berkaitan PBS Tingkatan Satu di SMK Bukit Katil Melaka.

Mesyuarat ini lanjutan daripada mesyuarat Penataran PBS Tingkatan 1 Zon Selatan di Hotel Katerina Batu Pahat pada 27 Feb-1 Mac lepas. Banyak pihak yang 'konfius' tentang PBS. Sebenarnya PBS telah dilaksanakan oleh semua guru di sekolah.Bezanya, PBS ini menambah baik sistem yang ada khususnya dalam  aspek menilai prestasi murid. Menerusi PBS, Dokumen Standard Prestasi digunakan untuk menilai tahap prestasi pelajar..


Harapan saya ilmu yang diperoleh di Hotel Katerina, khususnya daripada Pn Masariah Mispari, JUK merangkap GC Sejarah Jusa C dapat dimanfaatkan dan disebarluaskan kepada guru-guru sejarah di daerah Alor Gajah. Insha-Allah